sebab saya degil.tapi saya baik tau.

Friday, June 22, 2012

Tuan-tuan, dan puan-puan serta pakcik makcik sekalian,

Setelah 90 tahun hilang tanpa berita, saya sudah kembali semula untuk menulis dalam blog yang begitu merepek dalam Bahasa Melayu sebab Bahasa Melayu saya di ambang kehancuran buat masa ini *buat muka comel tidak bersalah*

Terima kasih kerana masih melawat blog yang merendah diri yang hina ini. Dan, terima kasih kerana meninggalkan komen di ruangan komen tu, maaf ye tak sempat nak riplai.

Sarapan pagi pada hari ini ialah, buah mangga. Ye, pakcik makcik sekalian, MANGGA. Mak saya tidak masak apa-apa. Mungkin kerana saya semakin gemuk, dan sebab itulah sarapan pagi hari ini ialah buah mangga.
(sebenarnya saya ada makan kentang goreng cicah sos BBQ sebelum makan mangga, tapi tanak mengaku sebab menyesal. Kentang goreng itu menggoda oke. Diam. Diam.)

Baiklah, masa untuk merepek dengan serius. Isi sebenar entri ini. Saya sebenarnya AGAK (baca: agak) kecewa. Mungkin terkejut ialah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan perasaan saya. Untuk lebih tepat lagi, sedih. Untuk lebih, lebih, lebiiiiih tepat lagi, kecewa. Eh, sudahlah tu. Syok sendri pula (seperti biasa).

Mengapakah? Kerana mak saya ni semakin menjadi-jadi. Ye, kami semakin rapat, tetapi, dalam masa yang sama juga, dia semakin terlalu mengongkong, atau protective. Sekarang, mak saya tak bagi saya lepak lepak lagi. Kalau dulu, saya keluar rumah, sudah lewat malam pun, mereka tak pernah telefon. Saya ingat mereka tidak kisah.
Tetapi, yang anehnya, kalau balik lambat, tidak mengapa, tetapi untuk keluar malam, mak saya tak bagi (Saya anggap begitu sebab mereka tidak kata apa-apa).

Alasannya sangatlah tidak dapat diterima akal oleh saya; Saya sudah besar, tidak elok anak gadis keluar lepak lepak.

Ouch, itu sangatlah membuatkan saya marah. Alasannya sebab saya perempuan. Saya cuba bagitau, yang saya bukan selalu keluar pun, sekali seminggu pun tidak. Cuma, keluar minum, berbincang hal negara, politik, muzik, dan yang paling utama, seni. Bukan keluar clubbing atau isap dadah pun. Saya bukan balik pukul 1-2 pagi pun. Paling busuk pun, pukul 12.

Bukan itu sahaja, nak keluar tengok wayang pun, mak sudah membantah keras. Katanya, saya sudah besar, tidak cukupkah keseronokan yang saya alami selama ini.

Gila.
Saya baru 20 tahun oke! Darah muda = ledakan hormon.

Alasan memang tak boleh diguna pakai oleh otak saya. Tapi disebabkan ketika itu aku pun memang agak malas untuk keluar, aku mendiamkan diri sahaja. Pada masa itu, aku bukan meminta kebenaran, aku cuma menyuarakan sahaja.

Oh yea, baru aku teringat! Inilah sebabnya aku memang tak pernah mintak izin nak keluar rumah. Memang dari dulu. (FYI, mintak izin keluar rumah ialah peraturan baru diperkenalkan sejak setahun lalu). Bila sudah semakin rapat dengan mak, aku lupa tentang hal itu. Aku ingat dia sudah boleh dibuat kawan, mencerita masalah remaja bingung dan ledakan hormon. Tetapi, aku silap. Dia masih mak aku yang risau akan keselamatan anaknya.

Kalau Mak ku membantah dengan alasan yang boleh aku terima, aku tidak kisah. Contohnya, buang masa atau membazir duit. Ya, aku memang boleh terima alasan itu dengan terbuka hati. Aku setuju. Tetapi, alasan mak terlalu jujur mungkin;
- sudah besar
- asyik nak seronok
- nak dengan kawan je
- tak cukupkah apa yang ada di rumah
- pergi tengok tv tuh.

alasan terakhir agak kelakar mungkin. Tapi benar.

Mak saya cakap tu, masa saya baru bangun tido dan rambut tercacak-cacak. Memang, mak kalau nak cakap hati ke hati, mesti pilih masa aku baru bangun tido. Masa tu aku selalu mamai, jadi aku iyakan je. Mak ni main tipu la.

Tapi Mak,bersyukurlah dah dapat anak macam aku ni.

Sekurang-kurangnya, aku tak pernah tengking mak bapak, aku cuma menjawab dengan tenang, semuanya untuk mempertahankan diri aku, daripada aku pendam lama-lama, jadi dendam dan meletup.

Sekurang-kurangnya aku masih mengikut kata mak bapak selagi aku mampu.

Sekurang-kurangnya, aku tak mencuri duit mak bapak aku.

Sekurang-kurangnya, aku buat mak bapak aku bangga dengan pencapaian aku.

Sekurang-kurangnya, aku tak bodoh, aku tahu menjaga batasan-batasan, dan aku tak mudah terpengaruh walau ada kawan-kawan aku merokok, clubbing, minum arak, aku tak rasa terancam atau rendah diri pun.

Sekurang-kurangnya, aku suka menjadi diri aku, tak kira tempat, tak kira masa.

Takpelah mak, mak nak halang pun halang lah.  faham. Kakak redha je.

Sekian, terima kasih.
ps, sekejap "saya", sekejap "aku". FAAAAIL!

You Might Also Like

2 comments

Subscribe